Thursday, November 3, 2016

KEUSAHAWANAN - INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA


       Dalam bidang keusahawanan pula,penduduk menjalankan pelbagai jenis perniagaan secara kecil-kecilan.  Perniagaan yang dijalankan  di sekitar Kampung Sentua terdiri daripada kedai makan, gerai kuih-muih,kedai runcit dan perniagaan hardware.Lazimnya pelanggan yang datang terdiri daripada penduduk kampung setempat dan juga kampung-kampung sekitar.

        Selain daripada itu terdapat sebuah stesen minyak mini (CALTEX) di Kampung Sentua dan terdapat penduduk yang bekerja di situ. Di Kampung Sentua juga terdapat sebuah perusahaan membuat kusyen yang diberi nama Idan Kusyen.Di sekitar kampung yang berhampiran Kampung Sentua terdapat kedai yang menjual barangan Hardware untuk penduduk setempat dan  bengkel membaiki motosikal dan kereta.

       Berhampiran dengan perpustakaan desa juga terdapat sebuah tapak pasar  malam yang dibuka pada setiap hari Khamis dan Ahad.Selain pasar malam,terdapat  Pasar Tani yang dibuka pada setiap hari Rabu


No comments:

Post a Comment